UiTM PUNCAK PERDANA

 Assalamualaikum and hello, 

My name is Darling✨ and I am here to help those pre-mahasiswa yang akan bertapak di UiTM PUNCAK PERDANA ni, yeayyy!!

Okay first of all, Darling is from the first batch yang masuk UiTM selepas sekatan pandemik COVID-19 di Malaysia ni which on Oktober 2022. So basically, Darling tried cari maklumat about Puncak Perdana and also how nak register and the dorm what not. I was stressed that time.

So my first intention to create this blog is to help those yang stress dekat rumah, “Nak buat apa nii??!?!!” Haaa meh kak Darling ajar awak.


FIRST STEP : TAWARAN UPU

Okay bila awak dah terima je tawaran UPU tu awak akan terus dibawa ke halaman untuk cetak surat tawaran.

Okay time ni uolls kena pandai tengok tarikh and also you dapat apa? DIPLOMA / PRA-DIPLOMA / ASASI  or what ever you get. And the dia akan redirect you masuk log in KAD PENGENALAN and akan paparkan your surat tawaran

This part sila take note, nampak tak dekat tepi tu ada tulis ‘CETAK SURAT TAWARAN’ ? Sila lah cetak dia sebanyak 6 helai. Awak akan pakai kesemua helaian tu nanti percayalah. Selepas itu nampak tak PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU ? yes that one sila click and dia akan redirect you to the tutorials ( the payment, the photo upload , MDS , Zakat , Undang Undang UiTM ) 

📍PLEASE READ THE TUTORIALS AS IT WILL HELP YOU VERY MUCH DURING YOUR PENDAFTARAN




SECOND STEP : LOG MASUK KE iSTUDENT DAN UPLOAD GAMBAR 

istudent ni sangat penting dan a crucial website for all UiTM student and benda ini akan diaktifkan 24jam selepas awak menerima tawaran so be aware. Dalam istudent inilah yang awak akan buat segala benda penting. Nak tahu apa function-function step by step iStudent ni boleh tekan link ni : ()

Cara nak log in iSTUDENT ? Tengok balik surat tawaran and lihat ada dia bagi NOMBOR ID PELAJAR? yes itu amat penting. Boleh tekan link ni untuk tengok tutorials aktifkan account iSTUDENT SSO awak : ()

After awak dah log in , awak kena upload gambar berukuran passport yang telah dinyatakan dalam PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU bagi tujuan penghasilan kad matriks pelajar. Lambat awak bagi, lambatlah dapat.




THIRD STEP : FOLLOW INSTAGRAM / TELEGRAM / FACEBOOK UiTM UCS

Salah satu cara untuk alert dengan progress pendaftaran ni by following their social media. UCS stands for UiTM CAWANGAN SELANGOR and selalunya lokasi pendaftaran and masa they akan buat dekat satu tempat sahaja so tak perlu serabut dengan banyak sangat maklumat boleh tengok je yang sahih which is dekat social media mereka.

https://instagram.com/mppuitmshahalam?igshid=YmMyMTA2M2Y=

https://instagram.com/mppuitmpuncakperdana?igshid=YmMyMTA2M2Y=

https://instagram.com/uitm.official?igshid=YmMyMTA2M2Y=


📍TOLONG ALERT DENGAN ANNOUNCEMENT AS MY YEAR TAK SAMA DENGAN UOLLS SO MAYBE AKAN ADA BEBERAPA PERUBAHAN


❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️




Okay guys thats all yang Darling nak you tekankan and after you done this 3 steps, hidup you akan jadi lebih aman dan tenang WAHAHAHAAHAHAAAA 

Takde la jangan tenang sangat, so ni some others thing you kena buat : 

1. Cop pengesahan 

2. Permohonan PTPTN

3. Permohonan Peranti Siswa

4. Haul Kolej ( kak Darling ada buat video tau about apa nak bawak pergi UiTM Puncak Perdana ) 

5. Pembukaan Bank Islam ( UiTM guna bank ni je, kalau awak nak buat PTPTN memang wajib bukak and also kat fakulti sini ada ATM BANK ISLAM sahaja )

p/s : pelajar baharu tak perlu mohon kolej ya, semuanya disediakan. Bila nak masuk sem 3 or 4 baru kena fikir awak nak duduk mana.

______________________________________

Itu sahaja , Darling berdoa segala urusan you alls akan dipermudahkan Insya Allah aminnn❤️ Darling harap blogspot ni membantu ya untuk awak- awak yang baru nak mendaftar terpinga pinga tu dah boleh bertindak dah ni. 

Apa - apa soalan boleh bertanya, Darling very supporting and open orangnya. Asalamualaikum!

Love you lots, Miss Darling✨



Comments